ok, utk bahagian 1 soalan nye
1) Sebagai penjawat awam yang dipertanggungjawabkan untuk memantau penghantaran dan penerimaan dokumen terperingkat, nyatakan dengan jelas Peraturan Penerimaan Dokumen Rasmi Terperingkat Sulit/ Terhad. (15 markah)
2) Encik Hasril telah hadir ke temuduga Pegawai Tadbir. Dia berminat untuk menyertai perkhidmatan awam.
a) Huraikan tangga gaji permulaan bagi pegawai yang mula berkhidmat ? (10 m)
b) Jelaskan elaun yang akan diterima untuk kerja lebih masa (lebih kurang cm ni la soalan dia..x ingatla) (5 markah)
3)Encik Hafiz bertanggungjawab untuk mencatat minit pada setiap Mesyuarat Pengurusan Bulanan Bahagian Pembangunan, Kementerian Kerja Raya. Baru-baru ini, mesyuarat tersebut telah diadakan pada 7 Julai 2009. Sila bincangkan apakah tindakan selepas mesyuarat yang perlu diambil oleh En Hafiz sebelum mesyuarat pengurusan bulanan seterusnya diadakan. (15 markah)
4)En Hamid Penolong Pegawai Tadbir Gred N27 berhajat untuk menunaikan ibadah haji pada tahun ini. Beliau telah berkhidmat dalam perkhidmatan awam selama 4 tahun dan mempunyai baki cuti sebanyak 20 hari pada tahun ini. Bolehkah Encik hamid memohon cuti haji pada tahun ini? Sila nyatakan syarat2 permohonan cuti haji kepada beliau. (15 markah)
so, utk bahagian ini aku jawab soalan 3 & 4.. (soalan tidak mengikut urutan nombor yang sebenar).. soalan no 2 tu macam soalan baru diwujudkan je sebab x penah pun jumpa soalan lebih kurang camtu kat internet.. so korg boleh la study bab ni eh) yang lain2 tu ada dalam senarai list esei..kat tenet pun ada..
BAHAGIAN II
1. a) Jelaskan mengapa Manual Prosedur Kerja dan Fail Meja boleh dijadikan satu alat pengurusan penting di sesebuah jabatan. (2 markah).
b) Apakah perbezaan antara Manual Prosedur Kerja dan Fail Meja (8 markah)
c) Apakah faedah-faedah yang akan diperolehi melalui penyediaan Manual Prosedur Kerja dan Fail Meja di sesebuah jabatan. (5 markah)
2. Antara langkah yang boleh diambil oleh jabatan dalam usaha memelihara rekod-rekod kerajaan semasa dalam jagaan mereka dari sebarang kerosakan ialah dengan mendapatkan nasihat tentang pemeliharaan rekod dari Jabatan Arkib Negara.
a) Nyatakan Apakah yang dimaksudkan 'Rekod Kerajaan'. (5 markah)
b) Selain mendapatkan nasihat Jabatan Arkib Negara, nyatakan 5 usaha lain yang boleh dilakukan oleh jabatan untuk memelihara rekod di dalam jagaan mereka. (10 markah)
3.)Jelaskan 5 cabaran dalam menghadapi wawasan 2020. (15 markah)
4)En Hafiz bertugas di ibu pejabat di Putrajaya telah diarahkan untuk menghadiri kursus di Jb. Dia ingin menggunakan kenderaan sendiri tetapi tidak dibenarkan kerana kenderaan telah disediakan.
a) Nyatakan sebab2 en hafiz tidak dibenarkan membawa kenderaan sendiri.
b) sekiranya encik hafiz dibenarkan membawa kenderaan sendiri, nyatakan elaun yang boleh dituntut.
so lebih kurang macam nilah soalan nye utk exam induksi ambilan 4 2011 ni.. soalan2 mengikut apa yang aku ingat.. soalan penuh dan susunan no soalan tak ingat.. so sapa2 yang akan pergi induksi dalam masa terdekat ni bolehla buat rujukan ye.. selamat berjaya utk kami ambilan 4 :)
