Post Terkini

Friday, January 10, 2014

Jangan hina kami


Rasanya sekarang ni memang trend orang suka mempopularkan diri masing-masing dengan tulisan-tulisan yang menjatuhkan orang lain. Minta maaflah penulis, screenshot ni aku ambil dari facebook. Dan encik FX sebenarnya yang membenarkan untuk post anda  di share kan, sebab tulah tulis statement mcm ni. 

Aku pun tak paham mentaliti orang sekarang. Semuanya menyalahkan orang lain. Memang yang susah dibantu. Sekolah berkenaan pun dah ambil inisiatif mengutip derma. Kalau aku jadi cikgu diapun, tak payah guru besar pun Insya Allah akan ku bantu. Tapi kenala ingat, dia bayar yuran tersebut di hadapan ibu bapa yang lain. Tak bolehlah masa tu nak cakap, takpelah encik kami bayarkan. Nanti apa kata ibu bapa yang lain. Kalau faham takpelah, tapi kalau yang tidak?? Macam mana?? Macam en ratnazary FX la yg terus menuduh tanpa tahu hujung pangkal.

Makan2 free?? Hellooooo mana nak dapat makan-makan free.. Kalau ada makan-makan kami bayar sendiri la. Duit KKGK.. Tau ke duit apa tu en?? KELAB KEBAJIKAN GURU DAN KAKITANGAN.. kalau kami x guna duit kkgk, kami akan kumpul duit sendiri.. Memang xde istilah makan2 free kecuali kalau ada cikgu yang bermurah hati untuk bersedekah. Tak ambil sesen pun duit PIBG.

Dan untuk pengetahuan, pelajar-pelajar yang kurang kemampuan boleh dikecualikan daripada membayar PIBG. Sebab apa?? Sebab ini adalah persatuan ibu bapa dan guru. Mesyuarat diadakan dan bayaran ditetapkan dalam mesyuarat. Setiap tahun kewangan akan dibentangkan dan ibu bapa berhak tahu ke mana duit PIBG digunakan. Encik pernah pergi mesyuarat PIBG???

Dan dan dan.... duit PIBG tu pun masih x cukup untuk membantu guru dalam pengajaran. Hasilannya guru-guru sanggup melabur demi anak murid mereka.  Setakat RM100 untuk beberapa kelas sebulan adalah perkara normal. Lebih pun berkemungkinan ada.. Kadang-kadang ada pelajar yang kata, cikgu saya x bawa duit.. Nah, x kan nak kata cikgu pun x de duit. Cikgu pun manusia juga, tak sampai hati tengok anak murid x makan..

Tuisyen free.. Kelantan??? Pergilah mana2 pun sekolah pun dikawasan kampung, ramai cikgu-cikgu yang sanggup buat tuisyen free untuk anak didik.. Kawan-kawan aku ramai je yg mengajar tanpa bayaran. Pokok pangkalnye diri seseorang bukan negeri ye encik...

Cikgu suka bermesyuarat???  ni lagi satu haku hanginnn.. encik ingat kami ni hadappp sangat ke nak g meeting.. panas punggung je tau.. mengajar jumpa anak murid lagi best.. tau tak?? hanya golongan yang bergelar cikgu je tau..

Hmm ntahla.. orang sume dok cakap cikgu dok bising-bising naik gaji.. Aku pun tak faham.. Yang minta kesatuan.. Cuepacs tu untuk semua kakitangan awam. Tapi bila naik cikgu juga yang kena maki.. Hmm tak paham.. Agaknye sebab cikgu keje separuh hari kot... Separuh hari dalam erti kata korang la.. Hakikatnye, biarlah kami merasainya..  Cuti sekolah banyak?? Hakikatnya biarlah juga kami merasainya.. Dalam 40 hari bercuti bulan 12 tu.. sebenarnya lebih kurang 2 minggu saja bercuti.. Sama kan dengan cuti tahunan korang.. Mungkin ada yang kurang.. 

Harapan aku, agar dia ni bukanlah duduk dekat Shah Alam..dan tak de rezeki aku mengajar anak dia. Sebabnya golongan sebeginilah selalunya pantang disentuh anak. Semua anak yang betul. Cikgu yang salah.. :(

3 comments:

rosy.lane said...

sabar cikgu....takpelah, asam garam kehidupan, semua pekerjaan kena kutuk...pekerjaan dia je yang bagus...
buat saja apa yg patut. yang penting allah tahu apa kita buatkan. puaskan hati manusia memang susah....
last sekali...teruskan usaha mengajar k...sayang cikgu-cikgu semua...

Anonymous said...

Muzai, sabar jelah..kita dah biasa dengar org kutuk2 kerjaya cikgu..mungkin golongan ni dah lupa asal usul dia..dia membesar dulu pon hasil dari ajaran cikgu. abaikan.

p/s aku rasa ada virus dari blog ko ni..sbb everytime aku bukak blog ko pc aku leh detect virus..pls cek.tq

muzai said...

kadang-kadang rasa down juga bila jumpa orang yg macam ni..hmm tp semangat harus diteruskan.. sebab segelintit je yang macam tu kan..

aah azu.. aku pun pening... bila scan dia kata xde masalah.. tak tahu nak delete tang mana lagi..