waaaa... sedih giler.. ingatkan hari ni dah boleh discharge..tp rupa2nya x boleh lagi.. dr kta condition aku agak teruk.. rahim dah frozen.. rahim dah melekat antara satu sama lain.. perlekatan yang sgt kuat.. cuma baiknye tiub dua2 tak blok.. nk sedih ke, nk nangis ke aku pun x tau.. berserah je la.. kuasa Allah lagi kuat kan.
so petang ni dr nak tengok condition aku lagi.. kalau ok bolehlah kot kalau nak balik..kalau tak bermalam di sini lagila.. sadisss.. padahal dh siap camtik2 dah nak balik.. tp dengan syarat aku x kemana2.. means x balik n9 la..
haishh stok baju sume dh abis ni.. camno la hai..
Cerita itu cerita aku. Apa yang terluah, apa yang terfikir itulah aku. Menulis sebagai satu proses luahan emosi secara tersirat mahupun tersurat. Dunia yang penuh warna warni semuanya di ceritakan di dalam diari maya ini. My Life My World dunia hidupku.
Post Terkini
Thursday, January 30, 2014
hikmah di sebalik kejadian
post smlm aku ada gtau tentang injection lucrin yang dr bagi kan.. itu maknanye aku x akan didatangani period untuk jangka masa lebih kurang 5 bulan.. kesannya?? kite ambil dr sudut positif ye.. oleh kerana lucrin nanti, maknanya aku akan berehat dari aktiviti ttc.. Alhamdulillah Allah mudahkan perjalanan hambanya.. InsyaAllah kalau xde aral melintang dapatlah mengerjakan umrah dengan both of my parents.
see cantik kan perancangan Allah.. InsyaAllah kalau kite fikir positif hasilnye positif.. keinginan memiliki zuriat tetap kuat.. tp kita x tau kan perancangan yang Maha Merancang.. sebab Dia adalah sebaik-baik perancang.. sebelum ni risau jugak, kot2 buat iui dan disahkan positive mcm mana nak ke sana kan.. Tp Allah maha mengetahui.. Dia tahu apa yg terbaik untuk aku dan suami.
InsyaAllah akhirannya pasti memuaskan.. Doakan yang baik2 untuk aku ye.. peace :)

Wednesday, January 29, 2014
update dari pantai
hari ke 3 di hospital.. macam mana best ke tak ye? sangat tak best ok.. menu makan boleh order.. adam malay food, chinese western.. menu nye pun best2.. tp rasanye alahaiiii... tawar hebeh.. menu org diet kan.. terus rasa cm org sakit..
hmm berkaitan operation nak dgr citer ker? aku bgatu setakat yg dr cakaplah ye.. good news nye both my tube are clear.. x tersumbat pun.. tp keadaan rahim cm frozen.. istilah dr la.. esok nk kena tanya betul2 sebab aku pun x paham.. then my endo.. antara stage 1-4.. aku diatas stage 4.. means teruklah kan..lepastu dr kata dia x buat pun complete surgery sbbnya baru sentuh sket pun dah berdarah.. so dr takut kalau dia proceed lagi terpaksa pakai laser which is doc nak elakkan..sbb keadaan ovari yang tak berapa bagus..
so dr akan akan bg lucrin for 3 months..n lepastu bolehlah proceed iui..insyaALLAH.. esok nak tanya detail ngan dr lagi berkenaan yg dr kata frozen tu.. sebab aku pun x berapa nak paham..
haishhh x sabar nk kuar hospital... k bye

Tuesday, January 28, 2014
warded
Ok.. bersiaran dr pantai hospital.. 2nd day di hospital.. ptg ni kul 4 akan buat laparoscopy.. kul 8pg kna start puasa.. aduilaaaa tp nape nurse x hantar air panas lagi.. nak alas perut camne.. nak minum milo kot.. dah le malas td puas aku membuang..
Inila rupa ubatnye.. lagi dahsyat kot dr ubat peluru.. Fuhh baru sebut.. sampi pun airnyr.. sempat la bersahur gajah.. hehe.. makan mini bun 2 ketul ngan air milo je..Alhamdulillah..
![]() |
Fleet phospho-soda |
Tgk orang sebelah dah operate rasa excited plak.. sakit ke tak ye.. hmm takut?? InsyaAllah tidak.. dah smpi stage ni rasanye xde apa nk ditakutkan. Yang penting minta pada Allah agar dipermudahkan dan janganlah disukarkan..
Owhh hospital pantai kan mahal kan..cmne aku leh masuk sini.. Alhamdulillah dapat masuk dengan insurans prubsn takaful.. kalau bayar sendiri jujur cakap mmg x mampu..duit yang ada simpanan tuk ivf je.. lain2 kos x tertanggung rasanye.. so upgrade untuk bilik je la.. insurans aku entitled utk 4 bedded je.. so upgrade pada single room. Malangnye bilik penuh..so utk sementara duduk dlm 2bedded je.. so nanti bayar difference je la..
Aishhh panjang plak aku melalut. Doakan aku ye.. mudah2an lepas operation bolehlah aku conceive naturally.. tapi kalau kata takdir aku bukan sedemikan, aku redha je. Mungkin rezeki aku utk mendapatkannya dengan cara lain.
Owhh buat kawan2 senasib, tips aku untuk positif ialah hebahkan pada org sekeliling anda yg terdekat. Maksud aku kalau kite bekerja bgtau bos kite, cerita dengan kawan2.. walau ada yang x ambil port tp kita pasti dapar tgk kawan2 yang mendoakan. Alhamdulillah.. ok stop sini.
Bye bye
Saturday, January 25, 2014
Bernafas juga akhirnya
Hip hip horeeyyyyyyyyyyyyyyyy... Yipppieeeeeeee
Fuhhh bernafas juga akhirnya.. Setelah hampir seminggu jadual bekerja 8.00 pg-7.00mlm. Mesti korang tertanya-tanya apalah yang busy sangat cikgu muzai ni kan.. Apa nak buat, jadi guru pengawas.. Pagi tu dok interview calon-calon yang memohon.. Memang tepu gak la otak ni menghadap muka bebudak.. tp Alhamdulillah berjaya disempurnakan. Semakin hari semakin nampak potensi budak-budak dari segi keyakinan. Tapi nanti kita tengok pulak sesi interview kedua. Adakah tahap keyakinan mereka masih kuat.. Kalau tengok sebelum-sebelum ni kebanyakan confident level pengawas akan merudum jatuh bila sesi temuduga kedua. Moga-moga pengawas yang bakal dilantik akan menunjukkan komitmen yang tinggi. :) Dan yang paling seronok ialahhhhhh... yeayyyy x payah datang pagi sepanjang minggu.. kecuali utuk unit uniform. itu memang x dapat dielakkan.
***psttt.. next week nak operate.. doakan saya ye kengkawan pembaca blog.. :)
Friday, January 17, 2014
Mukadimah zina : Apa nak jadi la dunia sekarang
Sebab berita dari sini
Hari ni buat aku semangat nak menulis. Bukan sebab apa pun.. Tapi cubit peha kanan, peha kiri pun terasa juga... Alahaiiii dunia.. apa nak jadi dunia sekarang ni.. Sorang boleh dipanggil ayah, sorang lagi boleh panggil anak.. Yang lagi teruk nye.. berstatus cikgu ok.. Sorang cikgu besar, sorang cikgu kecik.. Haishhh maluuu.. malu aku...
Di saat orang lain sering memperlekehkan golongan guru, ada pula segelintir orang yang macam ni mengukuhkan andaian-andaian luar.. Ye betul, bukan semua.. atau kita kata kes-kes terpencil.. Tapi kerana nila setitik rosak susu sebelanga.. Malu-malu.. kita ni adalah golongan mendidik, kita ajar pelajar bukan setakat silibus dalam buku.. tapi kita ajar pelajar cara menghormati, pengamalan kehidupan Islam.. tapi bila jadi macam ni??? rosak-rosak.. Apa nanti murid-murid akan membalas?? Cikgu tu boleh buat?? cikgu ni boleh buat?? Nauzubillah...
Seorang guru tu segala tingkah laku nye diperhatikan. Segala apa yang dipakai juga dilihat. Owhh hari ni cikgu pakai baju baru.. Cikgu pakai kasut baru hari niii.. hari ni cikgu pakai bedak putih sangat la... Nahhh.. benda yang sekecil-kecil ni pun diperhati.. Sebab tu kadang-kadang ada yang bagi gelaran pada cikgu-cikgu mereka.. Cikgu najwa latif, cikgu vogue, even gelaran yang tak berapa elok pun ada..Sebab apa? sebab pembawakan cikgu lah kan..
Tapi bila kes yang macam ni??? kalau ada yang berbicara? kalau ada yang bertanya? Ye memang.. Jawapan kita seharusnya memberi jawapan yang haruslah positif.. Tapi di dalam hati pelajar-pelajar?? adakah mereka ini akan setuju dengan jawapan kita?? pastinya akan terdetik juga dalam hati paling tidak satu persoalan.. Aku tahu, sebab aku dulu pun bergelar murid sekolah jugak.. Kadang-kadang ada jawapan cikgu yang tak memuaskan hati.
Aku dulupun memandang tinggi pada seorang yang bergelar guru.. Cikgu math aku, bila tuisyen kami jarang jawab soalan upsr.. tp dia ajar level budak-budak menengah..teacher Maria.. cara dia mengajar buat aku score English. Cikgu Khalid smpi skrg aku ingat cara tanam pokok hidroponik. Cara masak cucur udang pun dia ajar masa darjah enam. Cikgu shikin.. terima kasih cikgu sebab selalu panggil saya cikgu.. Akhirnye kata-kata cikgu jadi kenyataan. Cikgu Norzana, yang menarik minat aku mencintai dunia sastera. Haishh kalau sebut semua cikgu, hampir semua cikgu2 aku suka..
Tapiiii.. bila aku masuk dunia pendidikan ni.. Ramai pulak aku tengok yang melanggar etika pendidikan. Di luar norma-norma budaya dan agama.. Please lah golongan cikgu sekalian. Jangan kita calarkan profession kita. Jangan kita hapuskan kepercayaan segelintir masyarakat pada kita. Kita ni ikutan, kita ni role model.. Elok kita, eloklah anak didik kita. Tanamkan semangat lagu guru Malaysia tu dalam diri..
Ada 4 martabat guru dalam Islam :

1- Mudarris : guru yang hanya mengajar mata pelajaran kemahiran mereka sahaja.
2- Mu’allim : guru yang tidak hanya mengajar mata pelajaran mereka tetapi turut menyampaikan ilmu-ilmu lain.
3- Mursyid : guru yang menyampaikan ilmu dan menunjukkan jalan yang benar.
4- Murabbi : guru yang mendidik, memelihara, mengasuh, mentarbiyah anak didiknya menjadi manusia berilmu, bertaqwa dan beramal soleh.
Janganlah kita hanya menjadi mudarris sahaja. Sebab apa?? Sebab takut2 nanti kita tergelincir.. Meletakkan nafsu mengatasi akal, meletakkan nafsu mengatasi agama. Takut-takut jadi seperti ketam mengajar anaknya berjalan betul.
Buat kawan-kawan, adik-adik seperjuangan.. tak kisahlah anda dari DPLI atau Ijazah.. yang penting bukan berapa lama anda menuntut sekeping sijil untu menjadi guru, tetapi semangat kita nak mendidik anak-anak murid, yang tidak berapa bijak kita dorong dia mencari kelebihan diri bukan hanya setakat menyampaikan sahaja. Ingat tuuuu.. Sebab kita golongan guru-guru muda sangat jauh lagi perjalanan kita. Makin banyak cabaran menghadapi generasi murid seterusnya.
Haishhh dahla banyak plak aku tulis.. Geramm sebenarnya.. geram sangat-sangat.. Kalau ikutkan memang banyak aku tulis.. Stop sini..
Monday, January 13, 2014
SALAM RABI'ULAWWAL 1435H
BIODATA RASULULLAH SAW
NAMA :
Muhammad bin Abdullah bin Abdul Muttalib.
TARIKH LAHIR :
Subuh Isnin,12 Rabi'ulawwal bersamaan 20 April 571 Masehi Tahun Gajah.
TEMPAT LAHIR :
Rumah Abu Talib,Maakatul Mukarramah.
Gelaran: AL AMIN
Pengasuh Pertama:
Ummu Aiman
Ibu Susu Pertama:
Thuwaibatul Aslamiah
Ibu Susu Kedua:
Halimah As Saadiah
Isteri-Isteri Rasulullah :
1] Khadijah bt Khuwailid.
2] Aisyah bt Abu Bakar.
3] Hafsah bt Umar.
4] Ummi Habibah bt Abu Sufyan
5] Hindun bt Umaiyah.
6] Saudah bt Zam'ah
7] Zainab bt Jahsy.
8] Zainab bt Khuzaimah
9] Maimunah bt Harith.
10] Safiyah bt Huyai.
Anak-Anak Rasulullah :
1) Qassim
2) Abdullah
3) Ibrahim
4) Zainab
5) Ruqaiyah
6) Ummi Kalthum
7) Fatimah Az Zahra'
Sabda Rasulullah SAW: "Sesiapa yang menghidupkan Sunnahku,maka sesungguhnya dia telah mencintai aku.Dan sesiapa yang mencintai aku nescaya dia bersama-samaku di dalam Syurga."
(Riwayat Al Sajary daripada Anas)
SEMARAKKAN SAMBUTAN MAULIDUR RASUL 1435H . ✅
Perpanjangkan kepada seluruh Umat ISLAM sebagai tanda kecintaan kita kepada
NABI MUHAMMAD SAW.
✅ Angka 5 dalam Islam;
5 waktu solat fardhu WAJIB didirikan.
5 Rukun ISLAM.
5 Hukum syariah Islamiah;
🔺 Wajib
🔺 Haram
🔺 Sunat
🔺 Makruh
🔺 Mubah (harus).
Ingat 5 perkara sebelum 5 perkara
Masa sihat sblm sakit;
Masa kaya sblm miskin;
Masa lapang sblm sibuk;
Masa muda sblm tua;
Masa hidup sblm mati.
5 peperangan besar dalam ISLAM;
√ Perang Badar
√ Perang Uhud
√ Perang Khandak
√ Perang Muktah
√ Perang Hunain
5 orang Rasul bergelar ULUL AZMI
✔ Nabi Nuh a.s
✔ Nabi Ibrahim a.s
✔ Nabi Musa a.s
✔ Nabi Isa a.s
✔ Nabi Muhammad SAW
5 Perkara yang WAJIB disegerakan.
1) Wajib segerakan memberi makan apabila tetamu datang ke rumah.
2) Wajib segerakan urusan ke atas jenazah.
3) Wajib segerakan anak gadis nikah jika baligh.
4) Wajib segerakan bayar hutang jika telah mampu.
5) Wajib segerakan TAUBAT atas pelbagai dosa lepas.
5 Dosa Besar yang Utama;
Syirik kepada Allah,
Derhaka pada ibubapa
Tinggal Solat Fardhu
Makan Harta Anak Yatim
Bunuh jiwa yang Islam
& terdapat 70 dosa besar lain yang juga Wajib ditinggalkan.
5 perkara yang dicintai & 5 perkara yang dilupakan di Akhir Zaman..
🔺 Mencintai Dunia & Melupakan Akhirat.
🔺 Mencintai Hidup & Melupakan Mati.
🔺Mencintai harta benda & Melupakan Hisab.
🔺 Mencintai beli belah & Melupakan Kubur.
🔺 Mencintai Makhluk & Melupakan Khalik yakni
Allah s.w.t
Perpanjangkan perkongsian ini kepada sesiapa sahaja

Sunday, January 12, 2014
Tips: Entry post ada dua?? Penyelesaian??
Terjadi lepas aku tukar layout template aku. Terpaksa tukar sebab layout lama duk keluar warning virus JS/Clicker.. virus auto click.. so macam tak sedap plak nengok nye.. lagi2 kawan aku pun dah gtau.. Kang x pasal2 xde yang sudi nak menjengah..
So lepas dah tukar layout, satu problem plak timbul.. Entry yang aku post jadi double plak.. Apa masalah ntah.. Gigih aku mengoogle.. Alhamdulillah jumpa penyelesaian..
So kepada sesiapa yang terjadi perkara sebegini, meh aku ajar..
Korang g DESIGN->LAYOUT->EDIT HTML
TEKAN CTRL+F serentak
cari kod ni <b:widget id='Blog2' locked='false' title='Blog Posts' type='Blog'/>

Bila dah jumpa, korang highlight je semua kod ni macam ni
<b:widget id='Blog2' locked='false' title='Blog Posts' type='Blog'/>'
pastu tekan delete. Lepas tu korang preview lah dulu.. kalau ada kesalahan dia akan bagi warning.. Kalau tak boleh save. Aku buat ni pun try error gak.. Banyak dah tutorial yang aku try. tapi yang ini juga menjadi. Owhh ye command ni kalau korang g jump to widget pun boleh. Cari blog2 nanti dia kan terus bawa ke kod yang dikehendaki.
Yess baru senang hati nak buat keje lain. Hahaha blog no 1, keje sekolah no 2. Takpe esok aku siapkan. Janganlah risau. Cuti2 ni memang satu hari aku peruntukan untuk aktiviti sendiri :)
Saturday, January 11, 2014
Infertility Treatment : 1st Appoinment
1st visit dengan Dr Adilah.. Setelah mencari-cari doktor terbaik dan hasil perbincangan kami suami isteri akhirnya kami ke sini. Rasa nervous nak bertemu dengan Dr blogger.. Ya Allah.. cantik amat Dr ni. Tinggi lampai. Lembut je orangnya. Muka pun iras-iras Dr Halina wife Dr Sheikh Muzaffar.. memang cantik..
Kali ni kami sepakat, duit belakang kira.. Mendapatkan zuriat keturunan yang paling penting. Buat penyumbang doa di alam barzakh.
So tahun lepas 22.10.2013 menjadi titik sejarah kami ke sini.
Hasilnye...
gigih aku melukis tuk gambaran korang.. Aku lukis mengikut apa yang dr lakarkan pada aku.
Hasil scan, dr rumuskan ada perlekatan antara rahim kanan dengan tiub fallopio aku. Manakala ovari kiri berada di atas sedikit dari tiub fallopio. Dan dr cadangkan supaya tiub fallopio kanan aku diikat untuk mengelakkan tumpahan darah kotor ke dalam rahim. Part ni aku tak ingat sbb apa. Mungkin sebab tisu fimbria dah rosak..atau sebab tiub kanan aku dijangkiti kuman.. Huhu sorry tak ingat dah..
***mood : excited nak dapat kembar 4 macam student kat sekolah aku ni.. ini motivasi terbesar aku :)***
Kali ni kami sepakat, duit belakang kira.. Mendapatkan zuriat keturunan yang paling penting. Buat penyumbang doa di alam barzakh.
So tahun lepas 22.10.2013 menjadi titik sejarah kami ke sini.
Hasilnye...
gigih aku melukis tuk gambaran korang.. Aku lukis mengikut apa yang dr lakarkan pada aku.
![]() |
Keadaan tiub fallopio kanan aku.Tiub aku dah ke atas sedikit |
![]() |
Tiub yang nomal sebatutnya berkeadaan sebegini. |
![]() |
Sebelah kiti, ovari yang beralih. Masa scan dr tak nampak pun keadaan ovari kiri |
perghhhh masa nak bayar tu..fuhhhhh gigil tangan ni.. mahal kot.. tapi bagi kami pelaburan yang berbaloi.. Sebab..
1) Kami dapat maklumat yang dr lain tak pernah tahu
2) Dr nampak imej scan yang dr lain tak pernah pun nampak. If ada, kami tak diberitahu pun
3) Sama untuk semua dr, beliau sangat-sangat positif dan lembut.
4) Dr adalah wanita.
dan no 1 dan 2 itu adalah bonus dengan dr Adilah...
So lepas ni aku akan cite tentang HSG n 2nd visit ngan dr plak. 3rd visit baru nak jumpa next week..
***mood : excited nak dapat kembar 4 macam student kat sekolah aku ni.. ini motivasi terbesar aku :)***
Friday, January 10, 2014
Jangan hina kami
Rasanya sekarang ni memang trend orang suka mempopularkan diri masing-masing dengan tulisan-tulisan yang menjatuhkan orang lain. Minta maaflah penulis, screenshot ni aku ambil dari facebook. Dan encik FX sebenarnya yang membenarkan untuk post anda di share kan, sebab tulah tulis statement mcm ni.
Aku pun tak paham mentaliti orang sekarang. Semuanya menyalahkan orang lain. Memang yang susah dibantu. Sekolah berkenaan pun dah ambil inisiatif mengutip derma. Kalau aku jadi cikgu diapun, tak payah guru besar pun Insya Allah akan ku bantu. Tapi kenala ingat, dia bayar yuran tersebut di hadapan ibu bapa yang lain. Tak bolehlah masa tu nak cakap, takpelah encik kami bayarkan. Nanti apa kata ibu bapa yang lain. Kalau faham takpelah, tapi kalau yang tidak?? Macam mana?? Macam en ratnazary FX la yg terus menuduh tanpa tahu hujung pangkal.
Makan2 free?? Hellooooo mana nak dapat makan-makan free.. Kalau ada makan-makan kami bayar sendiri la. Duit KKGK.. Tau ke duit apa tu en?? KELAB KEBAJIKAN GURU DAN KAKITANGAN.. kalau kami x guna duit kkgk, kami akan kumpul duit sendiri.. Memang xde istilah makan2 free kecuali kalau ada cikgu yang bermurah hati untuk bersedekah. Tak ambil sesen pun duit PIBG.
Dan untuk pengetahuan, pelajar-pelajar yang kurang kemampuan boleh dikecualikan daripada membayar PIBG. Sebab apa?? Sebab ini adalah persatuan ibu bapa dan guru. Mesyuarat diadakan dan bayaran ditetapkan dalam mesyuarat. Setiap tahun kewangan akan dibentangkan dan ibu bapa berhak tahu ke mana duit PIBG digunakan. Encik pernah pergi mesyuarat PIBG???
Dan dan dan.... duit PIBG tu pun masih x cukup untuk membantu guru dalam pengajaran. Hasilannya guru-guru sanggup melabur demi anak murid mereka. Setakat RM100 untuk beberapa kelas sebulan adalah perkara normal. Lebih pun berkemungkinan ada.. Kadang-kadang ada pelajar yang kata, cikgu saya x bawa duit.. Nah, x kan nak kata cikgu pun x de duit. Cikgu pun manusia juga, tak sampai hati tengok anak murid x makan..
Tuisyen free.. Kelantan??? Pergilah mana2 pun sekolah pun dikawasan kampung, ramai cikgu-cikgu yang sanggup buat tuisyen free untuk anak didik.. Kawan-kawan aku ramai je yg mengajar tanpa bayaran. Pokok pangkalnye diri seseorang bukan negeri ye encik...
Cikgu suka bermesyuarat??? ni lagi satu haku hanginnn.. encik ingat kami ni hadappp sangat ke nak g meeting.. panas punggung je tau.. mengajar jumpa anak murid lagi best.. tau tak?? hanya golongan yang bergelar cikgu je tau..
Hmm ntahla.. orang sume dok cakap cikgu dok bising-bising naik gaji.. Aku pun tak faham.. Yang minta kesatuan.. Cuepacs tu untuk semua kakitangan awam. Tapi bila naik cikgu juga yang kena maki.. Hmm tak paham.. Agaknye sebab cikgu keje separuh hari kot... Separuh hari dalam erti kata korang la.. Hakikatnye, biarlah kami merasainya.. Cuti sekolah banyak?? Hakikatnya biarlah juga kami merasainya.. Dalam 40 hari bercuti bulan 12 tu.. sebenarnya lebih kurang 2 minggu saja bercuti.. Sama kan dengan cuti tahunan korang.. Mungkin ada yang kurang..
Harapan aku, agar dia ni bukanlah duduk dekat Shah Alam..dan tak de rezeki aku mengajar anak dia. Sebabnya golongan sebeginilah selalunya pantang disentuh anak. Semua anak yang betul. Cikgu yang salah.. :(
Thursday, January 9, 2014
Count the books giveaway
sila klik gambar untuk capaian ke giveaway
Kawan-kawan.. Aku memang memilih sikit nak join giveaway ni. Sebabnye ada sesetengah giveaway hadiah nye memang aku tak memerlukan. So aku akan bagi chance pada orang lain la. Tapi kalau hadiah-hadiah memang di atas keinginan aku , aku akan cuba join. Dengan syarat, syaratnye mudah dan simple. Ada rezeki, xde rezeki itu belakang kira.
Kat bawah ni hadiah-hadiah dia.. Memang rugi kalau aku tak join.
Tarikh penyertaan pun dah dilanjutkan kepada 27 Januari 2014.
Jom ramai-ramai kita mencuba
Wednesday, January 8, 2014
Travel : Percutian di Krabi (Part 5)
Haishhh... gigih aku nak mengupdate cuti-cuti kat Krabi ni. Kengkonon nak mengikut jejak travelog blogger lain tapi nampaknye lepas ni xlah. Setakat satu dua entry je.. Ni ha amik kau.. sampai part 5 pun tak habis-habis lagi.. Tapi kalau rasa-rasa nak tambahkan entry jadi banyak terpaksa la aku gigihkan diri juga mengupdate blog. Huhu.
Oklah entry ni mungkin lebih fokus kepada Thai Massage. Aku kata mungkin je ye. Manalah tau masa tengah menulis teringat cerita-cerita lain ke kan. So cerita bermula selepas berehat-rehat di dalam bilik. Target utama cari makan dulu. Iyelah kang jadi macam malam haritu, xmakan sebab kedai dah tutup.. Nangissss...
![]() |
Yang menariknye, kitorang jumpa orang kampung. hehe bukanlah orang kampung.. Dia asal pattani. Tapi lama duk Malaysia. Yang kat Malaysia tu dekat simpang pertang je pun. Kampung aku tu.. Berbual-bual lah kitorang. Lama juga dia duk simpang dekat 14 tahun. Kat Krabi ni baru 3 bulan je pun. Ehh patutnya gambar hubby tu haruslah gambar akak tu kan.. Motippp?? Saje nak tunjuk kopi panas kat dalam cawan kertas |
![]() |
I WAS THERE @ WALKING STREET AONANG |
Haa part yang ni paling best. Punyalah nak cerita pasal massage kan. Last-last entry hujung juga. Aku awal-awal lagi memang dah set dalam kepala nak buat Thai Massage kt Andaman. Sebabnye murah kot 250THB. Sama harga dengan foot massage. So bila urut badan ni, aku ingat macam kat Malaysia la kan. Kalau urut dengan makcik-makcik.. Haruslah tanggal baju salin kain batik kan. Nak-nak tengok dia dah sedia tuala bagai. Lagi-lagi bila dia bagi seluar besar. So aku pun buka la tudung. Tapi dalam hati tertanya-tanya juga kena bukak baju ke. Dan mujurlah bertanya. Orang kata malu bertanya sesat jalan. Agaknye kalau aku, malu bertanya, malu semalu-malunya.. Huhu so bila dah tanya tu rupanya tak perlu pun bukak baju. Aku pun pelik gak sebab kalau tak buka baju macam mana nak sapu minyak kan. So biarkan je lah. Dan rupa-rupanya diorang tak pakai minyak pun. Memang hanya bersandarkan kepada tangan dan kaki. Tapi kesan dia terbaik beb. Korang bayangkanlah kalau laki aku pun cakap tukang urut aku tu besar. So tengok jelah gambar tu. Tu baru sikit tau. Ada yang lutut dia atas badan kita lagi. Tapi kesan dia memang terbaik. Kalau tengok caranya macam ganas je, tapi aku suka. Sebab effect dia datang serta merta. Bayangkanlah bawah tulang belikat yang sakit sebab terhentak bot, terus hilang sakitnye lepas urut. Dengan ditegakkan kaki aku 90 darjah. Satu perkara yang aku tak boleh buat langsung. Dengan dia , senang je kot dia buat. Sampai mengerang-ngerang gak le. Tapi memang awesome. Ibu jari kanan aku yang dah lama sakit ni pun terus elok. Dia pun perasan masa dia sentuh antara jari kanan dan jari telunjuk aku ni aku menjerit. Lepas tu apa ntah yang dipicit-picit di tekan-tekan kat situ sampai x lama lepas tu aku rasa ok. Kiranye hebatla dia cari point saraf dalam badan kite ni. Dan oleh sebab kehebatan diorang ni, teringin juga nak tanya mana diorang belajar. Iyelah kalau kat Malaysia ni kebanyakannya turun menurun. Tp kalau kat sana diorang rupanya ada kelas. Belajar dalam tempoh setahun atau dua tahun. Macam ambil diploma gitu. Patutlah melambak-lambak kedai massage sebab diorang memang sediakan kepakaran tu. Sambil-sambil dia urut tu, aku dukla tengok jam. Dalam hati kata, janganlah masa cepat sangat.. Tapi masa memang sentiasa berjalan kan. So bila dah siap tu..alahaiiiii rasa nak lagi je. Mat Saleh kat sebelah tu duk la cakap very good very good.. tu jelah yang dia duk ulang-ulang. Kitorang pun sebelum balik tu usha-usha gak la massage oil n cream yang diorang jual. Tapi sayang sume saiz besar. Kalau tak boleh bawak balik Malaysia. Mujur jumpa gak kat Malaysia ni.. tp dari Indon le. Bau sama, kesan sama kira okla kan. |
Tuesday, January 7, 2014
Menanti zuriat.
Sebenarnya dah lama aku berpikir-pikir, sama ada nak berkongsi atau tidak cabaran aku untuk dapatkan permata hati. Tapi selalunya hati ni menafikan untuk berkongsi. Malu mungkin. Rasa rendah diri pun ye juga.Takut dengan diri sendiri?? Hmm itu aku tak pasti.
Tapi untuk hari ni, aku rasa aku yakin untuk berkongsi rasa. Yupp walaupun aku tau ramai kalangan kawan-kawan blogger (yang baca blog aku ni) yang terdiri dari kawan-kawan yang dah pun punyai anak tapi manalah tahu setiap kali diorang ni baca, termasuklah yg sedang membaca ni terdetik hati untuk mendoakan aku. Owhh bukan bukan.. aku tak minta simpati sesiapa pun sebab kehidupan aku gembira setakat ni. Cumanya menagih doa dari seorang teman untuk mendoakan aku. Orang kata cukup 40 orang yang mendoakan kita, InsyaAllah dimakbulkan doa tersebut.
Dan macam aku jugak, sentiasa mencari-cari ilmu bagi golongan ber TTC ni. Jadi bila tak dapat info yang dikehendaki agak frustrated jugakla. Jadi harapan aku, dapatlah sedikit sebanyak memberi bantuan kepada kawan-kawan yang senasib aku ni.
owh yee aku adalah penghidap senggugut yang teruk. Setiap kali period aku akan senggugut yang terpaksa membongkok (tak boleh jalan menegak), lenguh-lenguh badan, loya, sakit kepala..dan mengalaminya dari 3-4 sebelum period berlarutan hingga 3-4 selepas period.
So secara kronologinya apa yang aku ingat sepanjang 5 tahun aku berttc ni bermula awal perkahwinan lagi... Akan aku ringkaskan kat sini. Aku dah ingat-ingat lupa..
2009

- Berurut sebanyak 2 kali.
- Urutan pertama sengkak rahim. Rahim aku kebawah. Kemudian banyak urat yang berselirat. Memang sakit dia urut. Tapi lepastu bahagian badan yang selalu sakit dah ok.
- Urutan kedua, Alhamdulillah tempat-tempat yang selalu sakit tu bila diurut rasa sangat selesa. Tapi dia kata aku mungkin dah pregnant. Sebab dia rasa perut keras. Lepas 2-3 hari aku pun period.
2010
- Bulan September
- Disahkan endometriosis stage 3 nak ke 4. Dr kata dah 2-3 tahun usia cysts ni. mungkin betul, sebab flow period dalam tempoh ni macam pelik sket. Cycle tetap cuma sedikit je yang keluar.
- Operation endometriosis secara laparatomy. Bedah macam orang bersalin.
- Dermoid cyst sebelah kanan, endometriosis sebelah kiri. Dr kata tiub fallopio kanan mungkin tersumbat.
- Ujian HSG. Alhamdulillah tiup normal.
- Ambil suntikan untuk hentikan period selama 3 bulan.
- Try naturally.
2011-2012
- Try biodex. Untuk satu kali percubaan je sebab kos hampir RM500. Bertambah frust bila makan Noni Chewetable sekali scan Dr cyst masih aktif.
- Perubatan syifa. Alhamdulillah cysts hilang. Dr kata maybe folicular cysts.
- 2-3 bulan selepas tu buat check up cysts ada lagi. Dinasihatkan operate. Berubat Islam sekali lagi Alhamdulillah hilang dan senggugut semakin kurang.
- Bulan 10 appoinment dengan LPPKN
- HSG kali kedua. Tiub normal cuma ada pelekatan.
2013
- IUI kali pertama. Failed.
- Try naturally sebab busy dengan keje.
- Selepas raya minta next appoinment dengan LPPKN sentiasa ditunda sebab dr cuti, kursus, etc.
- Akhir sekali decide pergi jumpa Dr.Adilah di Hosptital Pantai Kuala Lumpur. Cost agak fuhhhh, tapi demi zuriat kami setuju bergolok gadai di sini. Sebab utama, penerangan Dr Adilah tidak kami dapat di mana-mana hospital. Hmmm kenapa tidak di Hospital Government?? Sebabnya tak sanggup jika terkena dengan dr lelaki dalam keadaan waras. Mungkin kalau bersalin lain halnye, sebab kita dalam keadaan sakit. Tapi untuk yang ini, aku berkeadaan sedar. Dari segi duit, terus terang kami memang tak mampu. Cuma ada sedikit lebihan wang yang menyatakan kami boleh cuba disini untuk tempoh tertentu sahaja. Jika tidak berjaya, biar Allah lorongkan kami jalan seterusnya.
dan banyak juga produk sampingan yang aku cuba. Tapi rezeki belum sampai.
Full stop. Hmm apa yang menggerakkan aku untuk berkongsi?? Tak ada apa.. cuma bila bercerita dengan rakan-rakan sekolah aku rasa lebih positif sebab sokongan yang diorang tunjukkan. Jadi aku rasa tak salah juga untuk dapatkan sokongan di sini juga. Dan untuk tahun ini, aku rasa tahap positif aku sangat tinggi. Alhamdulillah. Jadi besarlah harapan aku agar korang semua memberikan aura positif juga.
Terima kasih :)
Saturday, January 4, 2014
Handphone GiveAway by Syuhada1981.com
Budak ini sangat comel
1/1/2014. Tahun baru. Izzul sambut tahun baru dengan ummi dan abi. Ambil dia kat pajam. Masuk kete dibantainye tido. Angkat msuk rumah pun tak sedar-sedar. kemain lagi dia syok sungguh tdo ye. Dekat rumah sambung lagi tdo. Lama betul dia tidur. Hampir dua jam gak la. Dukla ummi kacau-kacau nak suruh bangun. Mamai-mamai tanya abi mana sambung tidur balik. Mujur akhirnya dapat gak buat dia berjaga.
So siap cepat-cepat.. jom kita g PAS. teman umi cari kain kat NAGOYA.
Malangnye, x jumpa pun kain yang dikehendaki. Last-last izzul yang dapat barang dia. Yeahhhh Ultramen dia ler. Suruh pilih mainan lain, dia pergi jugakla pusing-pusing tengok-tengok last-last duk mencangkung kat Ultramen dia tu. Bila Ummi bagi keizinan bukan main meloncat suka. Izzul izzul sib baik la comel..
Aksi-aksi izzul dekat kedai makan..
![]() |
Sedang berusaha untuk capai air merah dia aka tembikai |
![]() |
Yeayyy dah dapat |
![]() |
Duk asyik tengok kawan baru dia.. Siap main cak-cak lagi |
![]() |
Hausss.. kita minum dulula |
![]() |
Tengok lagi kawan baru |
![]() |
Tengok abi plak |
![]() |
Haa inilah kawan baru izzul |
![]() |
Selalu nampak kepala je, kali ni nampak satu badan. Suka dia.. |
![]() |
Hmm izzul nak suruh ibu dengan papa belikan satu la. Nanti jumpa kawan baru. |
![]() |
masa ni ibu ngan papa dah ada kat rumah. Izzul jumpa diorang dekat Adam Lai. Smpi rumah terus tanya.. "tab abi mana? tab? tab abi mana? Tahu dah dia ni.. mewarisi perangai ibu suka main game |
![]() |
Lagi-lagi dapat game baru. Game ninja plak tu. Terkekek-kekek dia gelak. Papa nak tolong download dalam hp. Tapi sayang android tak de plak game ni. IOS je kot yg ada.. Takpelah izzul next time izzul main lagi ye :) |
Thursday, January 2, 2014
Sesi persekolahan bermula : Bukan pelajar je berbelanja
Hari ni hari pertama persekolahan. For sure, budak-budak memang la datang sekolah dengan serba baru. Dari hujung rambut sampai hujung kaki. Masa ni pun segala perkakas sekolah lengkap serba serbi. Buku-buku suci murni bersih dari noda. Takde kelepet sana sini macam belacan bila dah sampai hujung tahun.
Yuppp.. untuk aku pun sebagai cikgu wajib juga beli perkakasan baru. Baru semangat nak mengajar. Biasalah cikgu kan, memang cukup setahun harus beli baru. Kadang-kadang tu tak sampai setengah tahun pun dah habis.
![]() |
Alatan sekolah |
Tapi untuk cikgu-cikgu, ko tahu apa yang paling penting??? Meh sini aku nak tunjuk
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
![]() |
Harta karun seorang guru |
Nyawa kedua, pen juga. Tapi pen hitam. Sebab nye nak kena menanda register budak. Ni pun satu, kalau xde susah hati gak. Tapi aku beli pen hitam empat batang je. huhu. Yang merah je sampai 25 batang. Harap-harap bertahan la sampai tahun ni.
Azam aku sebagai seorang guru? Aku nak memberikan ilmu dengan lebih berkesan kepada pelajar-pelajar. Dan melakukan kajian tindakan untuk peningkatan pengajaran aku. Dan tahun ni nak cuba memperkemaskan sistem fail aku.
Sekian.
*** schedule post***
Subscribe to:
Posts (Atom)